fbpx

Yonnyboii bertunang, kali pertama sayang orang lain dalam hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yonnyboii dan tunang, Nik Nazira.

PETALING JAYA – Tiada angin, tiada ribut, penyanyi Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mengumumkan sudah bertunang dengan seorang wanita bernama Nik Nazira.

Yonnyboii, 23, berkongsi status baharunya itu menerusi satu hantaran status dalam Instagram sebentar tadi.

Sedondon berbaju kelabu, pelantun lagu Sakit itu berkata, kehidupannya bertemu jalan bahagia sejak berkenalan dengan wanita terbabit.

“Saya tak pernah percaya pada cinta, saya tak pernah percaya pada peluang.

“Sebelum ini, saya tak pernah berasa yakin, sebegini gembira, tak pernah tersenyum lebih daripada waktu sekarang dan tak pernah rasa seperti ini sampai saya bertemu dengan awak,” katanya sebagai kapsyen sekeping foto yang dimuat naik.

Ungkap anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu juga, dia tidak pernah menyayangi individu lain melebihi dirinya sehinggalah dipertemukan dengan Nik Nazira.

“Bersama dengan anda (Nik Nazira), saya rasa jantung saya berdegup laju. Saya tak pernah rasa diri ini seorang yang pelik, tak pernah rasa gementar sampailah saya jumpa awak.

“Saya yakin awaklah orangnya sahabatku, untuk saya harungi hidup bersama. Sayang awak selama-lamanya,” coret Yonnyboii.

Difahamkan, majlis pertunangan ringkas diadakan di ibu negara yang hanya dihadiri kenalan terdekat.

Menjengah ruangan komen entri yang ditinggalkan Yonnyboii, ramai dalam kalangan rakan artis termasuk para peminat tumpang bahagia dengan fasa baharu penyanyi tersebut. Rata-rata mendoakan tali pertunangan yang terikat bersatu ke jenjang pelamin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI