fbpx

Tempoh reman wanita dera kanak-kanak autisme disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV kejadian seorang wanita mengasari kanak-kanak OKU di sebuah pusat asuhan di Ampang.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak lelaki autisme di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang akan disambung reman selama tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tempoh reman wanita berusia 51 tahun itu sepatutnya berakhir hari ini namun telah disambung selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Tempoh reman suspek yang juga pengurus pusat asuhan tersebut akan disambung selama tiga hari sehingga 8 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952.

Kosmo! Online pada Ahad lalu melaporkan, tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang di sini terbalas apabila dia akhirnya ditahan polis.

Mohamad Farouk berkata, wanita berkenaan yang juga merupakan warganegara asing berusia 51 tahun ditahan polis di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 1.50 petang.

“Tangkapan dibuat ke atas wanita berkenaan susulan satu laporan polis yang diterima daripada ayah mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun setelah dia mendapati ada kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua belah mata anaknya yang berusia 6 tahun 9 bulan.

“Salah seorang cikgu di situ memaklumkan kepada bapa mangsa bahawa anaknya telah menghantukkan kepala pada meja kerana tidak mahu makan mengakibatkan lelaki itu curiga dan mahu memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI