fbpx

Sijil MC ada tandatangan Tun M curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sijil cuti sakit yang didakwa ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir.

PETALING JAYA – Sekeping gambar sijil cuti sakit (MC) yang didakwa ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1963 telah menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian gambar oleh @mr_trickshot di aplikasi Reddit, pengguna itu menunjukkan sekeping gambar MC yang dikeluarkan pada tahun 60-an dipercayai milik pak ciknya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh @mr_trickshot di Reddit, sijil yang bertarikh 1 September 1963 itu menujukkan ia dikeluarkan oleh MAHA Klinik yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Namun apa yang menarik perhatian adalah di hujung belah bawah MC tersebut terdapat nama dan tandatangan tokoh negarawan terkemuka, Tun M.

Susulan daripada perkongsian itu, telah menarik perhatian orang ramai dengan rata-rata pengguna berasa teruja melihat tulisan dan ayat oleh Tun M yang disifatkan sangat unik.

“Saya rasa inilah yang menjadikan Tun M sangat istimewa, dia adalah orang biasa yang menjadi PM. Walaupun dia mencapai tahap yang lain, tapi dia tetap menjaga orang-orangnya dengan begitu dekat,” kata Mustaqim Roslan.

“Beruntungnya pak cik dia dapat jumpa Tun M masa muda-muda dulu, bagi saya ini adalah tulisan tangan yang bagus bagi seorang doktor,” jelas Nur Siti.

“Ayat dan penulisan orang melayu dulu-dulu sangat cantik, dari segi susunan dan ejaan bagi saya sangat sempurna untuk dibaca,” ujar Ahmad Hazim.

Selain itu ada juga mencadangkan supaya MC tersebut di ‘frame’ dan diletakkan di dalam muzium. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI