fbpx

1,800 kg makanan arnab, hamster dari Itali disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Pulau Pinang menyita 1,800 kg makanan haiwan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 1,800 kilogram makanan haiwan dari Itali selepas mengadakan pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD) Butterworth di sini semalam.

Maqis Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan gudang Zon Bebas kira-kira pukul 5.40 petang itu mendapati kesemua makanan haiwan tersebut tidak mempunyai Permit Import Maqis yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati sebanyak 1,800 beg seberat kira-kira 1,800 kilogram (kg) makanan haiwan dari itali.

“Produk bernilai kira-kira RM10,558 yang dimuatkan di dalam sebuah kontena itu ditahan untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Difahamkan, antara yang disita adalah makanan arnab dan hamster.

Sementara itu, kenyataan tersebut berkata, perbuatan mengimport dagangan tanpa permit import yang sah adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI