fbpx

Perniagaan rugi akibat ‘lockdown’, pengusaha restoran saman PM Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran yang terkesan dengan pelaksanaan 'lockdown' mengemukakan saman kepada Perdana Menteri Thailand. - Chanat Katanyu / Bangkok Post

BANGKOK – Seorang pengusaha restoran menyaman Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha pada nilai tuntutan berjumlah 50 juta baht (RM619,047) sebagai ganti rugi kepada kerosakan perniagaan yang terpaksa ditanggung susulan pelaksanaan sekatan Covid-19 yang didakwa tidak berkesan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Tuntutan saman tersebut dibuat menerusi syarikat Never Ending Summer Co yang turut mewakili 39 restoran lain yang dikemukakan di Mahkamah Sivil.

Menerusi satu petisyen, pengusaha-pengusaha restoran itu berkata, perniagaan mereka terjejas teruk akibat langkah penutupan sementara yang dilaksanakan kerajaan dalam membendung penularan kes jangkitan Covid-19 yang disifatkan sebagai ‘gagal’.

“Menurut petisyen itu, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengumumkan perintah darurat di seluruh negara akibat pandemik Covid-19 dan telah bertindak secara sengaja atau lalai, seterusnya mengakibatkan berlakunya beberapa kluster jangkitan,” kata mahkamah.

Tambah kenyataan itu, kempen vaksinasi, pengurusan kit ujian antigen dan ubat yang digunakan bagi mengawal penularan Covid-19 dijalankan dalam kaedah yang ‘tidak mencukupi’.

Kementerian Kesihatan Awam, Kementerian Dalam Negeri dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok turut dinamakan dalam tuntutan tersebut.

Pampasan kewangan yang diminta oleh kumpulan itu dikira bermula 17 Mac tahun lalu, ketika peringkat awal penularan pertama wabak Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI