fbpx

Olympic Dream simbolik kemasyhuran badminton negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Olympic Dream pernah menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa antaranya Filem Asia Terbaik (Festival Filem New York City IO 2021), Anugerah Khas Juri (Festival Filem Chambal International 2019) dan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Festival Filem & TV Ramstage) yang disandang oleh Maya Karin.

SUKAN menyatukan rakyat. Demikian frasa yang sering dikaitkan dalam penganjuran sesebuah acara atau temasya sukan, tidak kira di peringkat negara atau dunia. Ketika itu, sokongan yang diluahkan penonton tidak pernah berbelah bahagi.

Mengambil semangat kesukanan dan perpaduan tersebut, saluran Astro First membawakan tayangan filem Olympic Dream yang mengangkat sukan paling popular di negara ini iaitu badminton.

Naskhah hasil produksi Full Billion Entertainment berkenaan mempertaruhkan gandingan generasi baharu dan lama sebagai sandaran utama, antaranya pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem & TV Ramsgate di England, Maya Karin.

Selain Maya, filem berkenaan turut menampilkan pelakon yang bukan calang-calang iaitu Jordan Voon (Pelakon Terbaik Anugerah Golden Awards 2017), Annabelle Tan (pelakon filem Hong Kong-Malaysia) dan bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih badminton, Adelle Ng.

LEGENDA badminton negara, Datuk Rashid Sidek membuat kemunculan istimewa dalam filem Olympic Dream membawa watak sendiri.

Lebih mengujakan, Olympic Dream turut menyaksikan penampilan istimewa legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

Filem Olympic Dream mula menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 pada 23 September lalu.

Menariknya, naskhah berkenaan bukan sahaja memberi tumpuan terhadap sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian.
Babak-babak yang dipaparkan dalam filem berkenaan cukup mendebarkan sehingga membuatkan penonton merasai pengalaman seperti menonton perlawanan sebenar.

DEMI memburu impian bergelar pemain kebangsaan dan mencari peluang ke temasya Olimpik, Wong Anna lakonan Annabelle Tan (kanan) berguru dengan Pak Cik Quan (Jordan Voon).

Harmoni, budaya

Selain itu, filem yang mendapat sentuhan pengarah Don Hoe tersebut turut menonjolkan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta budaya seperti contoh, kawasan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Mereka saling membantu antara satu sama lain, selain menonjolkan budaya makanan tradisi dan taraf hidup masyarakat yang berbeza.
Kata Don Hoe, dia mengambil elemen perpaduan dan sokongan penonton daripada semua bangsa untuk sukan badminton untuk diketengahkan dalam filem Olympic Dream.

“Badminton merupakan salah satu sukan paling popular dalam kalangan rakyat negara ini. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan pelbagai kejayaan atlet-atlet Malaysia antaranya menerusi Kejohanan Piala Thomas.

“Keadaan ini mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam diri. Sukan ini merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, taraf ekonomi untuk sama-sama menyokong pasukan negara,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, Olympic Dream bukan hanya memaparkan elemen sukan, bahkan paling penting memupuk semangat patriotik dan menghargai perjuangan atlet dalam usaha menjulang nama negara di mata dunia.

“Rentetan daripada sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, Astro membawakan sebuah filem penuh dengan nilai dan semangat cintakan tanah air.

DALAM filem Olympic Dream, aktres Maya Karin memegang watak sebagai Mak Cik Fatimah.

“Malah kehadiran filem ini juga adalah untuk meraikan atlet-atlet negara yang telah mengharumkan nama negara selama ini,” ujarnya.
Olympic Dream mengisahkan kecekalan seorang anak muda, Wong Anna yang menanam impian dan bercita-cita menjadi pemain badminton kebangsaan sejak kecil.

Biarpun mengalami masalah kesihatan, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya.

Ketika di sekolah, dia melihat kehebatan Pak Cik Quan yang merupakan bekas pemain badminton mengendalikan bulu tangkis.

Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan sebelum kemudian bakatnya dihidu jurulatih Cheah yang membuka laluan kepadanya untuk menjadi pemain kebangsaan.

Menginjak dewasa, Anna berdepan cabaran apabila rakan beregunya iaitu Xiu Man cedera parah sehingga memaksanya menukar pasangan demi memburu impian menempa tempat di temasya Olimpik.

Fakta menarik, Olympic Dream pernah menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa antaranya Filem Asia Terbaik (Festival Filem New York City IO 2021), Anugerah Khas Juri (Festival Filem Chambal International 2019) dan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Festival Filem & TV Ramstage) yang disandang oleh Maya Karin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI