fbpx

Ribut petir, hujan lebat di ibu negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, bagi Perak ribut petir dan hujan lebat diramal di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat di Pahang di Salak Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selangor di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak petang ini.

Manakala, bagi Sabah ribut petir dan hujan lebat diramal di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI