fbpx

Sekitar Stadium Shah Alam naik air 1.2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Persiaran Jubli Perak yang ditenggelami air.

SHAH ALAM – Hujan lebat menyebabkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13 di sini ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat, hari ini.

Turut digenangi air adalah sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.09 petang.

Anggota bomba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di sekitar stadium shah alam.

“Bomba yang tiba di lapan minit kemudiannya mendapati terdapat sebuah kenderaan terkandas di kawasan tersebut.

“Pemandunya telah keluar menyelamatkan diri dengan tiada mangsa dilaporkan dan kawasan itu dinaik air setinggi 1.2 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jalan Persiaran Jubli Perak yang merupakan turut digenangi air kira-kira setinggi 0.3 meter yang merupakan laluan antara dari Lebuh Raya Persekutuan ke Seksyen 20 di sini. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI