fbpx

Perkeso bayar RM11.2 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang meninjau  Program Outreach Imunisasi Covid -19 Daerah Pendang di Jenun, hari ini.

PENDANG – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan kira-kira RM11.2 juta kepada pekerja tempatan dan asing yang disahkan positif Covid -19 akibat penularan wabak itu di tempat kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pembayaran tersebut melibatkan sebanyak 15,036 kes yang dilaporkan kepada Perkeso sehingga 18 September lalu.

Katanya, pampasan sebanyak RM10.2 juta dibayar kepada pekerja tempatan membabitkan 13,170 kes manakala pembayaran RM1 juta lagi dilakukan kepada pekerja asing dengan 1,866 kes terlibat.

“Bagi faedah pengurusan jenazah yang melibatkan kes kematian akibat Covid-19 pula, Perkeso telah membayar sebanyak RM3.5 juta bagi 1,792 kes membabitkan pekerja tempatan.

“Sementara bagi kes kematian melibatkan pekerja asing pula, Perkeso membuat bayaran sebanyak RM3,500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Daerah Pendang di Jenun dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI