fbpx

Pendapatan terjejas, tidak mampu sediakan susu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE IBRAHIM (kanan) melawat Muhammad Syahir Rifqi di rumahnya Kampung Lebur Jaya, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri terpaksa menebalkan muka meminta bantuan ahli keluarganya selepas tidak mampu untuk membeli susu anaknya yang menghidap penyakit saraf.

Mohd. Ridhwan Mat Deris, 37, bersama isterinya, Norshahada Mohammad, 32, mengakui keada­an mereka sekeluarga semakin sukar sejak pandemik Covid-19 yang berlaku lebih setahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai pemanjat pokok petai dan buah-buahan mengakui pendapatannya terjejas teruk malah perlu memberi tumpuan kepada anak lelakinya, Muhammad Syahir Rifqi, 12, yang kini terlantar.

Ceritanya, Muhammad Syahir yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 sebulan untuk susu dan lampin pakai buang.

“Dia minum susu lapan kali sehari atau setiap tiga jam. Dalam masa sebulan empat tin susu diperlukan dengan setiap satunya berharga lebih RM100.

“Walaupun menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500, namun ia tidak mencukupi. Saya bersyukur apabila keluarga memahami dan memberi bantuan ketika kami kesusahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, Ahli Jawatankuasa Maj­lis Jaksa Pendamai Kelantan (MJPK), Che Ibrahim Che Ismail tampil menyalurkan bantuan susu dan lampin pakai buang.

Menurut Che Ibrahim, MJPK terharu mendengar kisah keluarga berkenaan yang menyara anak OKU terlantar sakit yang sema­kin meningkat remaja ketika ini.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Mohd. Ridhwan di talian 014-820 2005.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI