fbpx

Semua negeri rekod kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kesemua negeri menyumbang kepada jangkitan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 15,759 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,127,934 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 3,732 kes, diikuti oleh Johor (1,959 kes) dan Selangor (1,934 kes).

“Seterusnya, Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes), Perak (1,184 kes), Kedah (786 kes), Pahang (707 kes), Terengganu (592 kes), Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes) dan Negeri Sembilan (127 kes).

“Putrajaya (34 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (12 kes),” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI