fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 10 malam, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda satu atau dua tempat di Perlis selain di Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik di Kedah.

“Situasi serupa turut dijangka bakal berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang di Kelantan.

“Ribut petir dan hujan juga diramal melanda daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, kejadian ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda daerah Mersing di Johor selain bandar Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman di Sarawak.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa lokasi di daerah Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan di negeri Sabah.

Terdahulu, hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran di Sabah dilanda banjir kilat, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI