fbpx

Hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Sabah dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan situasi banjir kilat di sekitar kawasan Likas setakat pagi ini. -Foto: IHSAN PEMBACA

KOTA KINABALU – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran dilanda banjir kilat pagi ini.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, pemantauan di lokasi hotspot banjir sedang dilakukan selain persediaan awal turut dilaksanakan untuk menghadapi banjir di seluruh negeri.

“Tiada mangsa banjir yang dipindahkan dan belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 11 pagi ini. Bagaimanapun, air Sungai Moyog kini didapati berada pada paras bahaya selain Jalan Datuk Panglima Banting di Penampang tidak boleh dilalui kenderaan.

“Oleh itu, kita menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan banjir di tempat masing-masing. Selain itu, penduduk setempat juga diminta peka dengan situasi cuaca semasa ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada pukul 8.35 pagi tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.

Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI