fbpx

Amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh Perlis dan Pulau Pinang pagi ini.

Amaran sama turut dikeluarkan ke atas beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Ribut petir dan hujan lebat juga diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Bagi Johor amaran cuaca itu dikeluarkan ke atas Batu Pahat dan Kluang, manakala Sarawak di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri serta Limbang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI