fbpx

Jabatan Kesihatan Perak nafi pesakit Covid-19 lari ke dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas barisan hadapan sedang membawa jenazah menyeberangi sungai di Kampung Ulu Groh, Gopeng baru-baru ini. Foto Ihsan Media Sosial

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menafikan berita tular di media sosial kononnya terdapat pesakit Covid-19 dalam kalangan Orang Asli di Gopeng, melarikan diri masuk ke dalam hutan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ding Lay Ming memberitahu, tiada laporan diterima Pejabat Kesihatan Daerah Kampar berhubung perkara tersebut.

“Sehingga kelmarin, tiada laporan rasmi diterima mengenai khabar angin yang pesakit Covid-19 telah lari masuk ke dalam hutan,” katanya ketika ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berita tular di media sosial mengenai 250 Orang Asli di Kampung Ulu Groh dekat Gopeng positif Covid-19 dan melarikan diri masuk ke dalam hutan.

Mengulas lanjut beliau berkata, video tular berdurasi 24 saat yang memaparkan petugas kesihatan memakai peralatan pelindung diri (PPE) menyeberangi sungai di kampung itu adalah video pengebumian dipercayai pada Selasa lalu.

Katanya, lokasi tapak pengebumian di kampung itu terletak di seberang sungai di mana petugas kesihatan perlu melalui jambatan buluh untuk menyeberangi sungai berkenaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI