fbpx

PM ucap tahniah kepada ikon wanita dunia dalam carilamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mengucapkan tahniah kepada Suzanna.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan tahniah kepada Komander (M) Dr. Suzanna Razali Chan yang diiktiraf sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh Persekutuan Penyelamat Maritim Antarabangsa (IMRF).

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia itu turut membanggakan negara.

“Tahniah saya ucapkan kepada salah seorang warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander (M) Dr. Suzanna Razali Chan yang diiktiraf sebagai ikon wanita dunia dalam bidang carilamat oleh International Maritime Rescue Federation (IMRF).

“Pengiktirafan ini bukan sekadar menjadi kebanggaan seluruh Keluarga Malaysia, malah menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua pihak dalam menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya di sini hari ini .

Katanya, Dr. Suzanna adalah wanita pertama dari rantau Asia Tenggara yang dipilih menerima anugerah yang amat berprestij itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI