fbpx

Tempat rider makanan lepas lelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee (empat dari kiri) semasa merasmikan lokasi 3R pertama Ipoh bersebelahan Bangunan MBI dan pusat beli-belah Ipoh Parade pagi tadi.

IPOH – Tujuh tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) dibina Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kemudahan kira-kira hampir 2,000 petugas penghantar makanan (rider) di bandar raya ini.

Antaranya di pusat bandar, Meru Raya, Jelapang, Medan Gopeng, Klebang, Station 18, Tasek dan Taman Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kemudahan tersebut adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Menurut beliau, setiap lokasi 3R ini dilengkapi kemudahan seperti ruang rehat, tempat solat, tandas dan internet percuma.

“Inisiatif MBI menyediakan tempat berteduh ini melibatkan peruntukan kira-kira RM500,000 bagi keselesaan penghantar makanan berehat, berkumpul dan berbincang.

“Ini juga antara penghargaan kita kepada penghantar makanan yang merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan,” katanya.

Terdahulu Nolee merasmikan 3R pertama yang terletak bersebelahan Bangunan MBI dan pusat beli-belah Ipoh Parade di sini.

Ketika ini empat daripada tujuh lokasi 3R berkenaan sudah siap iaitu Pusat Bandar, Meru Raya, Jelapang dan Medan Gopeng, manakala tiga lagi masih dalam pembinaan.

Dalam pada itu kata Nolee, beliau akan melihat keperluan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri ini menyediakan kemudahan sama di lokasi masing-masing.

Katanya, perkara itu akan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri dalam masa terdekat.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI