fbpx
Kemalangan yang mengorbankan dua remaja di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan baru-baru ini.

Polis rakam keterangan perakam kemalangan lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis telah merekodkan keterangan saksi yang merakam detik kemalangan yang mengorbankan dua remaja dalam kejadian lawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, saksi tersebut bersama dua rakannya yang berada di dalam kenderaan semasa merakam kejadian tersebut.

“Kesemua mereka berusia 20-an itu tampil membantu siasatan pukul 9 malam tadi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, detik-detik kemalangan tersebut tular menerusi video berdurasi 29 saat.

Beliau memberitahu, suspek berusia 24 tahun yang juga pemandu Mitsubishi Triton direman selama enam hari sehingga 17 September ini.

Kosmo! semalam melaporkan dua remaja iaitu Nur Afiqah Abdul Karim, 18 dan rakannya, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kenderaan Proton Wira Aerobak dinaiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang melawan arus.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton positif dadah jenis ganja. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR