fbpx

Lebih 17 juta dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 73.4 peratus atau 17,177,911 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 91.3 peratus atau lebih 21,372,276 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 227,476 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor telah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 31,853, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (22,623), Sabah (18,659), Selangor (17,686), Kedah (13,629) dan Terengganu (12,236).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin seluruh negara adalah lebih 38,550,187 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI