fbpx

Perubahan sungai, runtuhan tanah paling ketara di Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Datuk Dr. Azhari Mohamed bersama Abdullah (depan) meninjau kesan aliran puing di Titi Hayun, hari ini.

YAN – Pemetaan semula kawasan terjejas dalam kejadian aliran puing di Gunung Jerai di sini pada 18 Ogos lalu mengesan perubahan ketara di kawasan lereng dan puncak gunung tersebut.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman berkata, perubahan yang dikesan melibatkan bentuk muka bumi dan aliran sungai.

Katanya, pengesanan tersebut adalah hasil analisis data geospatial atau maklumat geografi berdasarkan pemetaan udara oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem).

“Peta asal kawasan sungai Titi Hayun yang ditunjukkan Jupem mendapati tiada alur sungai sebelum ini.

“Namun pada peta baharu selepas kejadian aliran puing, kita nampak alur sungai dengan jelas iatu panjang sehingga 30, 40 dan 50 meter,” katanya pada sidang akhbar di Titi Hayun di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, perubahan ketara ialah kesan tanah runtuh di lereng gunung yang kini jelas kelihatan dan berdasarkan analisis sama, pihaknya mengesan terdapat aliran sungai di gunung itu yang dahulunya bengkang-bengkok kini menjadi lurus. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI