fbpx

Krisis air Terengganu selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamad (kiri) membuka pili air di Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kesulitan lebih 150,000 penduduk daerah ini dan Kuala Terengganu sejak awal bulan lalu disebabkan krisis air akhirnya berakhir hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Mamad Puteh berkata, sebanyak 96 peratus daripada pengguna terjejas sudah mula menerima bekalan air pada awal pagi tadi.

Beliau menjelaskan baki empat peratus meliputi 1, 220 isi rumah lain yang terletak di hujung kawasan liputan dijangka akan kembali menerima bekalan air tersebut pada semalam.

“Bekalan air itu disalurkan daripada Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit yang baru beroperasi dengan keupayaan 60 juta meter liter padu sehari (MLD).

“Alhamdulillah, pemulihan air ini tiga hari lebih awal daripada jadual sebenar iaitu 12 September ini (Ahad),” katanya pada sidang akhbar di Dewan Serbaguna Tepoh di sini hari ini.

Mamad berkata, pada masa sama, kerja-kerja membaiki jajaran paip Bukit Berangan pecah sebelum ini di dasar Sungai Terengganu masih diteruskan.

Jelas beliau, pembekalan air di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selepas ini akan menggunakan kedua-dua LRA tersebut sekali gus mengurangkan risiko berlaku semula krisis air lagi pada masa depan.

Kosmo! 24 Ogos lalu melaporkan krisis air melanda daerah ini dan Kuala Terengganu yang pulih pada 13 Ogos lalu melanda semula buat kali kedua selepas dua paip yang terdapat di dasar Sungai Terengganu dikesan telah pecah pada 10 hari kemudian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI