fbpx

Jualan Proton dijangka pulih bermula September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Proton Holdings Berhad (Proton) menjangkakan hasil jualan akan kembali meningkat bermula bulan ini ekoran aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport kembali beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dari bulan Jun hingga Ogos 2021, Kumpulan telah berjaya mencatat jualan sebanyak 5,354 unit yang merangkumi campuran pendaftaran secara online dan eksport.

Menurut beliau, produksi terhad telah dijalankan di kilang Tanjung Malim, Perak selepas pengumuman negeri Pe­rak sebagai negeri fasa 2 pada 5 Julai lalu, tetapi ia hanya seketika akibat kekurangan bekalan dari pembekal di Selangor.

“Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah seba­nyak 63,637 unit, iaitu satu pe­ningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

“Jumlah jualan kami sehingga Ogos mencerminkan ­prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini.

“Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana berdepan dengan Pe­rintah Kawalan Pergerakan, isu kekurangan bekalan cip dan beberapa masalah lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Roslan menerangkan, de­ngan kedua-dua kilang kini beroperasi, Kumpulan juga boleh memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI