fbpx

2 ditahan cuba curi tabung ekzos kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang disyaki cuba mencuri tabung ekzos melarikan diri selepas menyedari tindakan mereka telah dirakam.

AMPANG – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes cubaan mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di Ampang Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua suspek itu merupakan warga tempatan berusia 24 dan 25 tahun telah ditahan di sekitar Sungai Besi pada pukul 11 malam.

“Semakan mendapati, suspek berusia 24 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah curi manakala rakannya tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Kita juga telah merampas dua tabung ekzos, dua penyambung tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos, gergaji besi dan sebuah kereta jenis Proton Iriz,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, modus operandi suspek adalah memotong tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.

“Suspek telah mendedahkan mereka terlibat dengan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang. Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes.

“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas reman dilakukan hari ini di Mahkamah Ampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) dan 511 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 41 saat di media sosial yang memaparkan dua suspek cuba mencuri tabung ekzos kenderaan di kawasan parkir sebuah hotel di sini.

Selepas menyedari dirakam, salah seorang daripada suspek memberi alasan kononnya sedang membaik pulih kenderaan tersebut, sebelum mereka melarikan diri setelah menyedari aktiviti jenayah mereka dirakam oleh orang awam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI