fbpx

PKR bakal bincang isu penyahwartaan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar

PETALING JAYA – Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan esok dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk tindakan PKR Negeri Sembilan menzahirkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar dan penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal Kuala Langat Utara (HSKLU) oleh kerajaan negeri Selangor.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata mesyuarat mingguan berkenaan akan dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Ini mesyuarat Biro Politik PKR yang biasa kita adakan setiap minggu. Biasanya Menteri Besar dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun akan hadir. Mereka juga ahli mesyuarat Biro Politik PKR.

“Sudah pasti isu itu mungkin akan dibangkitkan dan kita bincanglah bagaimana (untuk selesaikan). Kita akan bincangkan dalam mesyuarat esok” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shamsul Iskandar, mesyuarat yang bakal dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan juga antara perkara lain akan dibincangkan ialah hal-hal berkaitan persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI