fbpx

Rugi RM13,760 ditipu beli kereta dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Hasrat seorang lelaki untuk memiliki kereta idaman tidak kesampaian apabila dia ditipu dalam urusan pembelian kereta melalui jualan dalam talian sehingga mengalami kerugian RM13,760.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula Sabtu lalu apabila mangsa tertarik dengan satu iklan jualan kereta jenis Proton Alza di laman sosial Facebook.

“Mangsa yang berasal dari Bentong telah menghubungi penjual berkenaan melalui WhatsApp dan bersetuju untuk membeli kereta berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat 11 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM13,760 seperti yang diminta suspek dengan pelbagai alasan,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, selepas membuat semua bayaran berkenaan, suspek berjanji akan menghantar kereta kepada mangsa namun sehingga kini mangsa belum menerima kereta terbabit.

Katanya, mangsa yang berasa tertipu kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI