fbpx

Anggota tentera hilang terjatuh dalam Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eksesais Para Predator yang dilaksanakan di Persisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di Bera.

BERA – Seorang anggota tentera yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kedah terjatuh ke sungai ketika melakukan aktiviti penyusupan dan penyeberangan sungai.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada pukul 5.40 petang semalam sebelum ditangguhkan dua jam kemudian.

Sementara itu, adik mangsa, Noorsuhada Mohamad Isa, 24, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi isteri mangsa yang tinggal di Melaka petang semalam.

“Kali terakhir saya bertemu dengan abang pada awal tahun ini di kampung, saya mohon doakan agar abang dapat ditemui,” katanya.

Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpengkalan di Kem Terendak, Melaka.

Eksesais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik TDM. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI