fbpx

Kes kematian melepasi 16,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 mencatatkan angka melepasi 16,000 dengan 16,087 kes selepas pertambahan sebanyak 285 kes melibatkan 240 warga Malaysia dan 45 warga asing.

Dalam masa sama, sebanyak 51 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) turut dicatatkan dengan 30 warga Malaysia dan 21 warga asing serta sebanyak 205 kes mempunyai sejarah penyakit.

Di sebalik perkembangan itu, negara turut merekodkan kes sembuh sebanyak 20,845 kes sekali gus melebihi kes harian yang melaporkan sebanyak 20,579 kes.

Kes aktif pula menurun sedikit dengan 267,997 kes termasuk 1,009 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 477 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 455 kes (2.2 peratus) daripada kes harian adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 20,124 kes (97.8 peratus) kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 15,651 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 152 kes kategori lima dengan 137 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 81 kes kategori empat dengan 62 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 222 kes kategori tiga dengan 170 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 10,674 kes kategori dua dengan 8,262 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 9,450 kes kategori satu dengan 7,020 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, terdapat 26 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster pendidikan lain. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI