fbpx

Iqbal jawab isu Vida, tular jam tangan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jelas Iqbal, kisahnya dengan Vida agak merumitkan.

PETALING JAYA – Kisah hubungan antara usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli kembali hangat diperkatakan baru baru ini.

Ia rentetan sesi siaran langsung antara usahawan berkenaan dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut memetik kisah jodoh mengenai Iqbal.

Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia perniagaan produk penjagaan kulit, Iba Skin Care, kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun itu agak merumitkan.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.

“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya.

Namun secara peribadi, biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka, Iqbal tidak melihat ia sebagai penghalang.

“Dari saya masih belajar, menjadi pembantu peribadi, hingga dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan, saya masih Iqbal yang sama.

“Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya. Malah saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan.

“Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Iqbal, 27, baru baru ni tular di media sosial apabila membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

“Saya menerima kecaman bertalu talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Tegas anak ketiga daripada lapan beradik kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini, dia sebolehnya mahu menyembunyikan kemewahan yang dimiliki. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI