fbpx

Video pengawal keselamatan dipukul rakaman lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian yang disahkan berlaku pada 29 Disember lalu.

IPOH – Polis mengesahkan video tular yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang lelaki dalam kejadian di sebuah kondominium di sini merupakan video lama.

Semakan mendapati, kejadian itu sebenarnya berlaku pada 29 Disember lalu dan pihak polis telah menahan suspek yang terlibat untuk siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang.

Menurut beliau, mangsa bertindak melarang kerana pada ketika itu kolam renang tidak dibuka kepada orang ramai.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya di mana suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan pada 6 Januari lalu.

“Kes tersebut juga dijadualkan disebut semula pada 9 September ini bagi tujuan sabitan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lelaki itu meninggal dunia di rumahnya dan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun, kata Mior Faridalathrash, kejadian ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa dengan mendakwa punca kematian adalah disebabkan dipukul dan bertindak menularkan rakaman serta gambar kejadian itu tahun lalu. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI