fbpx

Anak kambing tidur nyenyak dalam buaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kambing berkenaan cuba memasuki buaian tersebut (kiri) sebelum ia tidur nyenyak di dalamnya.

PETALING JAYA – Aksi seekor kambing yang dirakam melompat-lompat kerana cuba memanjat masuk ke dalam buaian di Pahang baru-baru ini mencuti hati netizen.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Wan Azlan itu menerima lebih 1,500 tanda suka, 1,800 komen dan dikongsi lebih 24,000 kali oleh pengguna laman media sosial tersebut.

Anak kambing berkenaan dilihat berusaha bersungguh-sungguh cuma memasuki buaian tersebut, dengan dua ekor kucing berhampiran melihat haiwan tersebut melompat-lompat.

Dalam video kedua, perakam didengari berkata: “Eh dia main buai pula dah. Dia lama dah tak tido buai. Dia naik pula, dia naik sendiri la tu. Dia nak tidur buai mak.

Sementara itu, rakaman kedua menyaksikan anak kambing berkenaan sedang tidur nyenyak di dalam buaian berkenaan.

“Lena dia boleh tidur buai,” kata Wan Azlan di dalam rakaman tersebut.

Sementara itu, Nirhana Aziz: “Jenuhlah tauke kambing nak pasang buaian dalam kandang kambing. Fuuh, penat oo.”

Siti Fadilah pula berkata: “Macam budak sahaja. Tahu sahaja sedap tidur di buaian tu.”

“Akhirnya tidur juga kambing. Tidur nyenyak sekali,” kata Thina. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI