fbpx

MB tiba di Istana Abdulaziz iringi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar tiba di Istana Abdulaziz Kuantan bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah. /FOTO SHEIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Istana Abdulaziz di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi bagi menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diringi konvoi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri dan Pejabat Sultan Pahang tiba di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 10.53 pagi tadi.

Difahamkan majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini adalah bagi menyampaikan senarai cadangan barisan Kabinet baharu kerajaan Persekutuan selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Sabtu lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI