fbpx

Pertimbang Tok Mat sebagai Menteri Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

SEREMBAN – Cadangan supaya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet baharu wajar dipertimbangkan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, pengalaman bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam bidang korporat dan pentadbiran tidak boleh dipertikaikan.

“Sudah tentu pengalaman yang beliau ada sangat membantu. Beliau juga seorang pemimpin yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Pagi dan Kibarkan Jalur Gemilang bersama Angkatan Tentera Diraja Malaysia di Kampung Dusun Nyior di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang mencadangkan agar Mohamad dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Dalam perkembangan sama, Mustafa berkata, UMNO Negeri Sembilan juga meletakkan harapan agak barisan menteri kabinet baharu turit diterajui oleh Ahli Parlimen UMNO dari Negeri Sembilan.

“Seperti mana sebelum ini kita memang berharap ada   dalam kalangan ahli Parlimen UMNO di Negeri Sembilan yang akan dilantik mewakili suara rakyat di negeri ini di kabinet.

“Kita mengharapkan Perdana Menteri melihat keperluan yang ada dalam kalangan Ahli Parlimen kita (UMNO),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan menteri Kabinet kerajaan baharu minggu ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI