fbpx
NEDIM tampil mempertahankan tindakan keluar makan bersama keluarganya, Nora Danish dan anak-anak.

Nedim tempelak netizen persoal Nora Danish bawa anak ‘dine-in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan pelakon jelita Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri membawa bersama anak-anak mereka untuk makan di restoran menarik perhatian netizen, sekali gus membangkit persoalan netizen tentang kewajaran perbuatan tersebut dilakukan ketika kes positif Covid-19 masih menakutkan.

“Budak-budak dah boleh bawa keluar ke (dine-in)?” komen seorang pengguna Instagram.

“Biasalah golongan kenamaan (VIP). Kita rakyat biasa buat begini terus kena saman,” jawab seorang netizen.

Terdahulu, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya, Nora bersama Nedim telah tiga anak keluar untuk makan malam dengan kapsyen yang berbunyi: “Dinner out with the boys before school starts (keluar makan makan bersama anak-anak sebelum sesi persekolahan bermula).”

Bagaimanapun, perkongsian tersebut disambut bermacam komen negatif netizen.

Enggan berdiam diri, Nedim dengan lantang dengan memberi penjelasan bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah tidak salah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Allah bagi otak untuk fikir dan bila KKM dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) bagi pengumuman, rajin-rajinlah membaca. Kalau malas membaca jadi bodoh dan jangan komen.

“Masuk ke laman web MKN dan sila baca. Kanak-kanak bawah 17 tahun harus ditemani ibu bapa. Sekain,” jawabnya.

Komen balas yang ditinggalkan Nedim itu turut mendapat sokongan daripada netizen apabila memberitahu apa yang dimaklumkan olehnya itu adalah benar selain ibu bapa turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan sebarang riziko jangkitan.

“Boleh (bawa anak-anak). Janji ikut prosedur operasi standard (SOP). Kalau rasa tak berani nak makan dekat luar, awak boleh makan dekat rumah,” kata seorang netizen.

Terdahulu, bermula 20 Ogos 2021, kerajaan telah membenarkan aktiviti makan di kedai (dine-in) di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan beberapa syarat yang ditetapkan termasuk individu t

Selepas kerajaan membenarkan aktiviti makan di kedai (dine-in) di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 20 Ogos lalu mengikut SOP yang telah ditetapkan. -K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN