fbpx

Banjir di Perak belum surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan air banjir yang menenggelamkan rumah penduduk di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu semalam.

IPOH – Situasi banjir di Perak tidak menunjukkan keadaan akan pulih dalam masa terdekat apabila bilangan mangsa terus meningkat kepada 291 orang melibatkan 79 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah setakat pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, ia menunjukkan peningkatan apabila sebuah lagi keluarga terdiri daripada tujuh orang dipindahkan malam tadi.

Menurutnya, mangsa teramai ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak di daerah Kerian apabila seramai 111 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di situ berbanding 104 orang daripada 25 keluarga malam tadi.

“Mereka adalah penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu, yang rumah mereka dinaiki air.

“Bilangan mangsa banjir di dua lagi PPS tidak menunjukkan perubahan dengan 68 orang daripada 19 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Begitu juga di daerah Kampar apabila seramai 10 orang daripada dua keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Kampar.

Bilangan mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama (LMS)pula berkurangan seorang kepada 102 orang daripada 32 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI