fbpx

Gajah betina masuk kampung diperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH denak, Alam (kiri) dan Rambai (kanan) mengapit Yong Cimot ketika proses memindahkan mamalia itu di Kampung Plang dekat Gerik hari ini.

GERIK – Seekor gajah liar yang memasuki kampung dan memusnahkan tanaman penduduk sehingga mencecah kerugian RM15,000 hasil kebun ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Rabu lalu.

Haiwan itu dipercayai dari hutan simpan berdekatan terpisah daripada kawanan dan mula dikesan menghampiri penempatan penduduk di Kampung Plang dekat sini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah betina berusia 40 tahun dengan anggaran berat 3.2 tan itu ditangkap di kawasan kebun getah..

Katanya, operasi menjejaki mamalia oleh Unit Tindakan Gajah Negeri (UTG) Perak itu dijalankan sejak Selasa lalu.

“Kita terima aduan mengenai kehadiran seekor gajah betina dinamakan Yong Cimot di mana mamalia itu telah masuk ke kawasan kampung dan kebun lalu merosakkan tanaman penduduk.

“Dua ekor gajah denak iaitu Alam dan Rambai dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah digunakan bagi ‘memujuk dan menenangkan’ Yong Cimot untuk dibawa ke lokasi seterusnya,” katanya di sini hari ini.

Gajah berkenaan akan dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka di Terengganu. Operasi itu disertai 25 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Perhilitan Perak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI