fbpx

Mangsa banjir di Perak bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk yang digenangi air banjir di Matang.

IPOH – Bilangan mangsa banjir di Perak kini meningkat seramai 186 orang daripada 57 keluarga berbanding 151 orang melibatkan 47 keluarga malam tadi.

Ia berikutan pertambahan mangsa di daerah Kerian dengan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, 11 mangsa daripada lima keluarga adalah penduduk dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak pula meningkat kepada 55 orang daripada 15 keluarga petang ini.

“Daerah Larut Matang dan Selama kekal dengan 107 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang.

“Begitu juga di PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Padang Gajah, Trong, yang mana seramai 13 orang daripada empat keluarga,” ujar jurucakap tersebut.

Sementara itu, PPS Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Teluk Intan di daerah Hilir Perak yang menempatkan 11 orang daripada tiga keluarga pagi tadi sudah ditutup selepas semua mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing.

Ia berikutan banjir di Kampung Batu 8 Changkat Jong dan Lorong Sidang Osman sudah kembali surut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI