fbpx

Baiki ban pecah elak banjir berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Zolkafly (kanan) semasa melawat mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Peruntukkan khas sebanyak RM800,000 dimohon kerajaan negeri untuk membaiki dua ban Rancangan Tambatan Banjir (RTB) yang runtuh di Sungai Samagagah, Alor Pongsu di sini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam, limpahan air Sungai Samagagah akibat hujan lebat luar biasa di kawasan tadahan Sungai Kerian menyebabkan ban RTB pecah dan runtuh.

Pengerusi jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, perkara itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

“Terdapat dua lokasi ban yang pecah iaitu di Kampung Selekoh Matang Pasir dan Kampung Parit Haji Kassim mengakibatkan banjir sehingga menjejaskan 400 kediaman.

“Kerajaan negeri bersama JPS mengambil tindakan segera membendung air dan mengelakkan banjir terus berlaku.”katanya.

Beliau ditemui selepas melawat lokasi ban pecah di Sungai Samagagah dan melawat Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dekat sini hari ini.

Katanya, kejadian serupa pernah berlaku pada tahun 2003 manakala kejadian terbaru semalam menyebabkan banjir dikawasan Alor Pongsu ini.

“Penanaman cerucuk telah berjalan dan akan mengambil masa dua hari dan kita percaya ianya dapat menyekat aliran air dari hulu ke sini.

“Disebabkan air banjir naik sehingga 0.5 meter maka kita terpaksa menutup laluan FT147 kepada semua jenis kenderaan dan akan dibuka sebaik air surut,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI