fbpx

11 wanita jual diri melalui WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada wanita yang disyaki terlibat kegiatan pelacuran dalam operasi di Seberang Perai semalam. /FOTO IHSAN PDRM

SEBERANG PERAI – Polis membongkar satu kegiatan sindiket persundalan melalui platform aplikasi sosial WeChat selepas menahan 11 wanita dalam serbuan di empat hotel bajet, di sini semalam.

Serbuan yang bermula kira-kira pukul 3 petang itu membabitkan beberapa kawasan di sekitar Bukit Mertajam, Butterworth dan Simpang Ampat di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, tiga daripada wanita yang ditahan itu merupakan warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing dipercayai dari Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Katanya, turut ditahan dalam Ops Noda Bersepadu itu adalah dua lelaki iaitu pelanggan dan penjaga salah satu daripada hotel terbabit.

“Dalam serbuan yang sama, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran termasuk tisu, kondom, pelincir, sejumlah wang tunai serta telefon bimbit.

“Siasatan mendapati, sindiket itu menggunakan aplikasi WeChat sebagai medium untuk menarik minat pelanggan sebelum pelacur berusia di antara 25 hingga 47 tahun itu dibawa ke hotel-hotel bajet untuk perkhidmatan seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai menjadikan hotel-hotel bajet di sekitar daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan sebagai lokasi pilihan untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Katanya, setiap pelanggan dikenakan bayaran di antara RM120 hingga RM200 untuk setiap kali perkhidmatan yang ditawarkan itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI