fbpx

Mangsa banjir rebah di pangkuan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAILAN (kanan) rebah dipangkuan isteri ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah mereka malam semalam.

BALIK PULAU – Seorang mangsa banjir di Kampung Terang di sini dilaporkan maut selepas rebah di pangkuan isteri di kediaman sewa mereka malam semalam.

Mohd. Zailan Zainuddin, 35, disahkan meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Balik Pulau kira-kira pukul 10 malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berlaku daripada isteri mangsa, Masliana.

“Isterinya memaklumkan Mohd. Zailan yang mempunyai masalah kesihatan jantung sejak setahun lalu tiba-tiba jatuh pengsan dipangkuannya ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah malam tadi.

“Mohd. Zailan kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Tuah turut menolak dakwaan segelintir netizen yang mendakwa mangsa tergelincir ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI