fbpx

Dana produk GO+ kini patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dana produk GO+ menawarkan perkhidmatan kewangan asas kepada pelanggan untuk mendapat manfaat daripada pelaburan.

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (Principal) mengumumkan dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui GO+ kini patuh syariah.

Pengenalan dana ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, ketika pihaknya melancarkan dana GO+ sebelum ini, ada permintaan da­ripada pengguna agar dana asas­nya mematuhi syariah.

“Kami mendengar permintaan mereka dan segera melakukan sesuatu. Kini kami mempu­nyai produk yang lebih inklusif daripada sebelumnya, sesuai dengan matlamat menyediakan per­khidmatan kewangan asas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

GO+ yang dilancarkan pada Mac lalu merupakan langkah pertama Touch ‘n Go dalam arena perkhidmatan kewangan digital.
Produk GO+ merupakan dana pasaran wang yang diuruskan oleh pakar pelaburan serta pe­ngurusan dana, Principal.

Effendy Shahul Hamid

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management, Munirah Khai­ruddin berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan komitmen dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia menangani cabaran kewa­ngan khususnya di dalam situasi yang tidak menentu kini.

“Dengan perkembangan ini, kami mengalu-alukan semua pe­langgan tanpa mengira latar belakang mereka untuk memulakan perjalanan pelaburan serendah RM10 sahaja bagi memperoleh pulangan yang sama.

“Fokus kami adalah menawarkan solusi pelaburan yang inklusif agar jaminan kewangan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Principal merupakan antara pengurus aset Islamik terbaik di Malaysia, antara lima teratas di dunia dan sentiasa di barisan hadapan dalam menghasilkan produk serta solusi patuh syariah di pasaran.

Jumlah pelanggan eWallet Touch ‘n Go GO+ pula kini me­lebihi 1.2 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI