fbpx

Pas sudah ada senarai SD Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA- Pas memberi keyakinan sudah bersedia dengan surat akaun bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen parti itu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mewakili parti itu telah diterima menghadap Al-Sultan Abdullah bersama wakil parti politik yang lain.

“Tuanku menitahkan kerjasama semua pemimpin parti agar mewujudkan keharmonian, ketenteraman dan memberi fokus kepada isu kesihatan, ancaman Covid-19, keadaan ekonomi rakyat dan negara.

“Baginda juga menjelaskan bahawa proses pelantikan Perdana Menteri akan dilaksanakan menerusi SD oleh setiap Ahli Parlimen,” katanya di sini tadi.

Tuan Ibrahim berkata, surat SD perlu itu perlu diserahkan sebelum pukul 4 petang esok selain pengesahan oleh setiap Ahli Parlimen diperlukan.

“Pas menyambut baik titah baginda agar keutamaan mesti diberikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara buat masa ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 boleh diadakan.

“Saya menyeru semua pihak agar kekal bertenang dan menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita yakin akan kebijaksanaan baginda untuk mengakhiri kemelut politik ini dengan jayanya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI