fbpx

Warga emas jatuh sungai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba semasa melakukan operasi mencari mangsa di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah semalam.

BATU GAJAH – Seorang lelaki warga emas yang dipercayai setelah terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Malim Nawar Batu, Jalan Tanjung Tualang di sini kelmarin, ditemui semalam.

Mayat Tham Yoke, 88, ditemui orang awam pada pukul 6.36 petang di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah kira-kira 25 kilometer dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Mohd. Norshah Shahri berkata, pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.22 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi, anak mangsa telah memaklumkan kejadian melibatkan bapanya.

“Operasi pencarian mangsa semalam telah dilakukan dalam radius lapan kilometer sehingga semalam.

“Selain dua buah bot, kita turut dibantu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh dan Unit K9 sebelum mangsa dijumpai terapung di Kampung Teluk Memali oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI