fbpx

Muhyiddin selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Lambaian tangan dan senyuman kepada petugas media antara reaksi awal Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus kenderaan membawanya keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 1 tengah hari.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung selama hampir 40 minit.

Terdahulu, kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang membawa beliau dengan diiringi polis pengiring memasuki pintu utama Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari.

Sejak awal pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

Kosmo! Online melaporkan, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Istana Negara dipercayai bagi mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI