fbpx

Jang Dong-joo tangkap pemandu langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG DONG-JOO

PELAKON Jang Dong-joo menuai pujian peminat atas keberaniannya menangkap seorang pesalah kejadian langgar lari yang berlaku baru-baru ini.

Dong-joo mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran dalam Instagramnya dengan memuat naik sebuah video rakaman kamera dashboard kereta memaparkan dia mengejar pemandu yang terlibat dalam satu kejadian langgar lari.

“Saya menyaksikan sebuah kereta melanggar motosikal kemudian dia lari, lalu saya kejar.

“Ketika membuka pintu kereta, ada bau alkohol yang sangat kuat. Saya tanya kenapa lari tetapi dia berikan kad bisnesnya dan duit untuk menyelesaikan kejadian itu,” dedahnya seraya mengakui terkilan dan kecewa dengan sikap buruk pemandu tersebut.

Kata Dong-joo lagi, lelaki berkenaan yang merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah agensi tetapi tidak menunjuk sikap seorang berkepimpinan apabila  cuba memberinya sogokan. 

“Saya tidak perlukan duit dia. Saya tersinggung dengan sikapnya. Saya sudah membuat laporan polis dan akan memberi kerjasama untuk siasatan,” katanya. 

Dalam perkongsian berkenaan, Dong-du turut memuat naik gambar kad bisnes milik lelaki itu tetapi maklumat nama, nombor telefon dan nama agensi telah disunting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI