fbpx

Tambahan kebenaran 11 aktiviti di negeri Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 lagi aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan untuk kembali beroperasi di negeri-negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1.

Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut:

1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
2. Kedai barangan terpakai
3. Kedai bunga dan nurseri
4. Kedai kraftangan dan cenderahati
5. Kedai antik
6. Kedai alat permainan
7. Kedai permaidani
8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain)
10.Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
11.Kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik

Katanya, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 masing-masing bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Negeri-negeri dalam Fasa 2 PPN buat masa ini ialah ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI