fbpx

KPDNHEP pantau penjualan oximeter tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga oximeter atau menjual alat bacaan tahap oksigen tiruan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan keras boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Cap Dagangan 2019 terhadap pihak terlibat.

“Walaupun penjualan alat kesihatan termasuk oximeter di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tetapi KPDNHEP boleh mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya melibatkan penjualan barang tiruan atau harga melebihi sepatutnya.

“Begitupun tiada aduan berhubung perkara tersebut diterima KDDNHEP setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan Jalur Gemilang pada program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Tanggol di sini hari ini.

Terdahulu, penjualan oximeter meningkat mendadak selepas pelawak terkenal, Shuaib yang baru kematian isteri, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 berkongsi kepentingan alatan itu di media sosial.

Alatan mengukur tahap oksigen tersebut dikesan dijual secara berleluasa dengan harga terlalu murah sehingga diragui ketulenannya di platform e-dagang.

Sehubungan itu, Rosol menyarankan orang ramai yang punyai maklumat penjualan oximeter palsu atau dijual dengan harga tidak munasabah kepada KPDNHEP untuk tindakan susulan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI