fbpx

Peguam nafi ‘songlap’ duit lebih RM1.28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam, Kingsley Wambeck didakwa melakukan pecah amanah membabitkan nilai kerugian lebih RM1.28 juta

MELAKA – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah wang jualan rumah dan pembelian tanah bernilai lebih RM1.28 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Kingsley Wambeck, 40, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai peguam di Firma Guaman Tetuan Kingsley & Co didakwa dengan curangnya telah melakukan pecah amanah wang pembelian tanah di mukim Paya Rumput berjumlah RM945,950 yang dibayar melalui akaun milik firma bagi kegunan peribadi.

Tindakan itu dilakukan tertuduh di firma guaman di Taman Kerjasama, Bukit Beruang, dalam daerah Melaka Tengah di antara 1 Julai 2016 sehingga 31 Julai 2016.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan pecah amanah wang jualan rumah milik seorang individu bernilai RM340,000 di firma guamannya di cawangan Taman Muzaffar Height di antara 13 Julai 2020 sehingga 8 Oktober 2020.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI