fbpx

KPJ Johor sumbang 100 PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azhar (kanan) menyerahkan 100 PPE kepada pasukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Hospital Pakar KPJ Johor menyalurkan sumbangan 100 bekalan pakaian perlindungan diri (PPE) dan mesin penyembur pembasmi kuman kepada pasukan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di daerah Johor Bahru hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Azhar Abdullah berkata, usaha murni itu adalah sebagai tanda sokongan pihaknya dalam menghadapi situasi getir penularan Covid-19.

Katanya, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu pasukan pengurusan jenazah itu dalam meringankan kos operasi ketika pandemik ini.

“Pengurusan jenazah adalah satu kewajipan bagi umat Islam dan setiap pengebumian perlu disegerakan. Sumbangan ini dapat melancarkan lagi pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang berbeza dengan pengurusan jenazah biasa.

“Kami difahamkan sukarelawan berkenaan memerlukan 10 hingga 20 set PPE setiap hari untuk menguruskan jenazah covid-19,” katanya kepada pemberita.

Sumbangan itu disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Insan Sejagat Negeri Johor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di hospital-hospital di daerah ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI