fbpx

17 remaja ditahan sertai parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 17 remaja yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah inap desa di Taman Pinggiran Airport, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Aktiviti nakal 17 remaja termasuk empat perempuan berparti liar di sebuah inap desa terbantut apabila premis tersebut diserbu polis di Taman Pinggiran Airport di sini hari ini.

Kesemua suspek iaitu 13 lelaki dan empat perempuan berusia dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun dalam serbuan pada pukul 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek bermasuk dua yang berada di bawah umur dipercayai khayal di bawah pengaruh dadah sehingga tidak sedar kehadiran pasukan polis.

Beliau berkata, sewaktu serbuan dibuat, alunan muzik juga telah dipasang dengan kuat di dalam inap desa terbabit.

“Pemeriksaan menemui sepaket plastik mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Sapeket plastik lutsinar 24 bji pil dipercayai pil ekstasi juga dijumpai dalam serbuan sama,” katanya di sini hari ini.

Rohaimi berkata, ujian urin terhadap 17 suspek mendapati mereka semuanya positif dadah jenis methampitamine.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – K! OLNLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI