fbpx
Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas masuk ke dalam longkang di Pekan Kota, di sini hari ini.

Myvi terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Seorang lelaki berhadapan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas masuk ke dalam longkang di Pekan Kota, di sini, malam ini.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 7.43 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi, pasukannya tiba di lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai pada pukul 8.04 malam.

“Mangsa yang berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR